Sekiranya anda belum lagi memiliki Mentor Jutawan, dapatkannya di sini hari ini. Memang hot in the market dan terlalu banyak permata-permata yang amat berharga di dalamnya. Bagi pemilik blog, anda juga boleh menyertai program affiliate mentor Jutawan di sini untuk mendapat pendapatan sampingan.......by Irfan Khairi on Mon 29 Jul 2008

Sejak launching, tak di sangka, ramai dah mendapatkan Mentor Jutawan, baru 2-3 hari, dah lebih dari 100 pesanan! Bagi anda yang belum memiliki ebook terbaru saya, boleh dapatkannya di sini. Memang terlalu banyak testimonial2 positif yang kami terima dan insyaallah kami akan update soon (tak sempat update sebab krew sibuk sangat memproseskan pesanan!).

Dapatkan Mentor Jutawan di sini.
Salam hormat,

-IK
Irfan Khairi

Sebarang Pertanyaan Sila Kemukakan DISINI

Mentor Jutawan: Abang Abu, Usahawan Jutawan

Untuk seminggu sudah, saya post antara tip-tip dan strategi Mentor-Mentor Jutawan. Kali ini, saya buat lain sikit kerana, kali ini saya ingin ambil sedutan daripada Mentor Jutawan seterusnya, tetapi bahagian latar belakang… bahagian kisah tragis bagaimana, Abang Abu, Usahawan Jutawan terpaksa lalui sebelum bergelar jutawan!

Abang Abu adalah kenalan baik saya sejak tahun lepas lagi! Steady Abang Abu!

Oleh kerana mungkin anda belum mengenali Abang Abu (kecuali mereka di Singapura), so, latar belakang atau kisahnya dapat memberi gambaran kepada anda bagaimana cekalnya perlu seseorang itu untuk menjadi jutawan! Ikuti kisah dan strategi kekayaan Abang Abu di Mentor Jutawan

===================

IK: Boleh tak Abang Abu kongsikan kisah tragis yang berlaku ke atas Abang Abu.

Abang Abu: Kemalangan tersebut berlaku pada tahun 1994, ketika saya berumur 22 tahun. Saya adalah anak sulung dan saya mempunyai 4 orang adik. Adik saya yang ketiga ketika itu berumur 17 tahun. Beliau telah mendapat tempat di USM. Waktu itu saya hendak menghantar adik saya. Masa itu saya memandu bersama ibu dan ayah saya. Dan waktu itu dari Johor Baru ke Penang.

Kira-kira 2 pagi, sesuatu yang saya tak nak terjadi. Kereta yang saya pandu itu terlanggar divider di Sungai Bakap. Ibu bapa saya terpelanting keluar dari kereta. Bapa saya meninggal dunia pada waktu itu dan ibu saya setelah hampir 4 bulan kemudian pula meninggal dunia. Sebelum itu saya juga dalam keadaan koma selama beberapa hari. Semua yang datang melawat saya ketika itu sudah putus harapan termasuk juga doktor.

Besar kemungkinan saya juga akan meninggal pada waktu koma itu. Kalau hidup pun anggota badan dari leher ke kaki tidak akan berfungsi. Itulah yang mereka katakan pada waktu itu.

IK: Tapi yang menariknya Abang Abu, bangun dan menjadi usahawan yang berjaya.

Apa yang dapat saya rasakan pada waktu itu adalah, keluarga saya sekarang bergantung pada saya. Dan ketika saya terbaring di hospital itu, ketika mereka datang melawat saya, saya terdengar orang bercakap

‘Kesian Abu, maknya nak meninggal, bapanya dah meninggal, dia juga nak meninggal’.

Pada waktu itu, saya sedar tetapi mata saya tidak boleh buka dan saya hanya boleh dengar.

Tetapi yang aneh saya rasa dalam hati saya, saya selalu berkata;

‘Tidak, kenapa saya akan mati, I’m OK, I’m alright’.

Ini yang menguatkan saya ketika itu. Saya ada 4 orang adik waktu itu. Yang kecil sekali 7 tahun waktu itu, kemudian 11 tahun, kemudian 17 tahun dan 19 tahun. Semuanya jatuh tanggungjawab ke atas diri saya pada waktu itu. Saya berada di hospital pada waktu itu selama 3 bulan di mana badan saya dibalut dengan bandage.

Bila saya boleh balik ke rumah, ibu saya bertanya ‘Mana Bapak?’ kerana kisah bapa saya meninggal beliau tidak tahu.

Jadi dari situ, ibu saya sudah mula berputus asa. Dan kira-kira 10 hari selepas saya pulang itu, ibu saya pula meninggal dunia. Jadi dari situlah kisah betul-betul menyayatkan hati saya bila mak saya berada dalam pegangan saya.

Saya kata ‘Mak tak boleh pergi mak, adik beradik ni ramai.’

Ibu saya hanya menunjukkan ke arah saya. Saya pun menangis waktu itu, masih mudakan, 22 tahun. Saya cakap ‘Tak apalah mak, adik semua saya boleh jaga, tapi saya ini siapa nak jaga?’

Mak saya hanya menunjuk ke arah atas.

Dan dari situlah semangat saya untuk bangkit kembali.

===================

Bagi yang telah membaca Mentor Jutawan, pasti setuju dengan saya, kisah Abang Abu memang memberi inspirasi. Infact, banyak email saya terima mengatakan memang banyak tip & strategi dari Abang Abu yang dikongsikan. Bagi saya, Abang Abu adalah “underdog” dalam kompilasi Mentor Jutawan ini, kerana ramai yang tidak mengenalinya berbanding dengan nama-nama juatwan lain. Tetapi, itu tidak menghentikan sesiapa pun daripada menggunakan segala strategi kekayaan yang dikongsikan olehnya- terlalu banyak! Oh ya, untuk pengetahuan anda, Abang Abu menjadi jutawan 4 tahun kemudian, ketika berumur 26 tahun! Ingin tahu rahsianya?

So, bagi yang belum mendapatkan Mentor Jutawan, dapatkan di sini.

Tip panas affiliate: Sejak minggu lepas, saya memantau jualan affiliate-affiliate- memang confirm! Cara terbaik membuat jualan adalah melalui personal recommendation. Dengan melakukan review ebook mentor Jutawan.

Ada affiliate yang mendapat beribu pelawat ke laman web, tetapi, tidak dapat satu sales pun kerana hanya bergantung kepada banner (tak efektif). Ada affiliate yang dapat berpuluh pelawat sahaja di laman web, tetapi sudah beberapa sales kerana melakukan review secara ikhlas (tidak menggunakan banner pun!).

Moga maklumat ini membantu para affiliate Mentor Jutawan. Oh ya… hujung minggu ini kami akan membuat bayaran pertama kepada affiliate yang telah mendapat jualan! kachingg! Bagi yang belum menyertai, klik di sini.

Originally Posted by Irfan Khairi
Wed 30 Jul 2008

No comments: