Sekiranya seseorang itu di dalam mindanya tidak “bersedia” untuk jadi kaya, dia akan terus dalam keadaan semasanya. Contoh…
*Sering kita lihat di negara barat, bila terdapat pemenang loteri berjuta dollar hadiah kemenangan, selepas beberapa bulan, atau tahun, orang tersebut habis kesemua wangnya!
*Ada juga kisah-kisah tempatan yang terjadi pada pemilik tanah-tanah felda menerima habuan berjuta untuk tanah mereka, tetapi, tak sampai setahun atau beberapa tahun, semua wang tersebut habis dan mereka dalam keadaan sama seperti sebelum menerima wang!
*Fikirkan pula keadaan diri kita sendiri… untuk beberapa tahun yang lepas, adakah pendapatan kita lebih kurang dalam lingkungan yang sama sahaja? Kalau naik pun sedikit… sedikit dan tidak mendadak?
Ini adalah beberapa simtom-simtom apabila kita tidak “bersedia” menjadi kaya di dalam minda / mentally. Amat-amat-amat bahaya sekiranya minda kita tidak bersedia untuk jadi kaya oleh kerana, tak kira rezeki datang mencurah macam mana pun, at the end of the day, ia akan kembali ke keadaan asal!
Saya kenal ramai usahawan yang menjalankan perniagaan berpendapatan dalam lingkungan RM10,000-RM20,000… sejak 5,10 tahun yang lepas. Keuntungan di situ sahaja tidak lebih dan tidak kurang.
Mengapa jadi begini?
Jawapan saya adalah mereka tidak bersedia untuk keuntungan RM30,000… RM50,000 dan lebih dari itu sebulan
Originally Posted by Irfan Khairi
Mon 4 Aug 2008
No comments:
Post a Comment