Sekiranya anda belum lagi memiliki Mentor Jutawan, dapatkannya di sini hari ini. Memang hot in the market dan terlalu banyak permata-permata yang amat berharga di dalamnya. Bagi pemilik blog, anda juga boleh menyertai program affiliate mentor Jutawan di sini untuk mendapat pendapatan sampingan.......by Irfan Khairi on Mon 29 Jul 2008

Sejak launching, tak di sangka, ramai dah mendapatkan Mentor Jutawan, baru 2-3 hari, dah lebih dari 100 pesanan! Bagi anda yang belum memiliki ebook terbaru saya, boleh dapatkannya di sini. Memang terlalu banyak testimonial2 positif yang kami terima dan insyaallah kami akan update soon (tak sempat update sebab krew sibuk sangat memproseskan pesanan!).

Dapatkan Mentor Jutawan di sini.
Salam hormat,

-IK
Irfan Khairi

Sebarang Pertanyaan Sila Kemukakan DISINI

Imtech, ucapan Selamat Hari Raya dari saya!

Assalamualaikum & salam sejahtera Imtech,

Di kesempatan ini, sebelum anda bercuti untuk hari raya, saya
ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Dengan ingatan
tulus ikhlas, Maaf Zahir & Batin!

Raya tahun ini saya sekeluarga menyambut di KL oleh kerana
kedua belah orang tua kami sememangnya di KL. Jadi, takde gaduh-
gaduh balik kampung :)

Hari raya kali ini amat special bagi saya sekeluarga oleh
kerana dapat menyambut dengan the new born baby. Semoga raya ini
juga adalah hari yang special bagi anda seisi keluarga!

Berhati-hati di jalan raya, dan bila makan lemang dan
ketupat rendang tu, ingat-intgatlah saya di sini. Terutama
sekiranya makan London Almond & Kuih bahulu (favourite saya!)

Artikel saya kali ini untuk tatapan anda bertajuk "5 Kunci
usahawan berjaya". Semoga memberi manfaat dan dorongan untuk
menjalankan perniagaan.

Sekali lagi, salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin sekiranya
ada salah dan silap dalam perkenalan kita.

Wassalam,

-Irfan Khairi

ps: Juga selamat menyambut Deepavali bagi teman-teman yang
menyambutnya!

5 Kunci Usahawan Berjaya

MERANCANG DAN DAPATKAN HASIL

Imtech, tidak kira di mana sahaja di dunia, kebolehan merancang dan
mendapatkan hasil adalah tugasan yang paling berharga sekali. Tidak
kira dalam bidang politik, keluarga atau individu, merancang akan
dapat membuahkan hasil yang lebih teratur dan baik.

Begitu juga dalam perniagaan. Untuk menjadi usawahan yang berjaya,
kebolehan merancang dan mendapatkan keputusan adalah amat penting.
Sebelum memulakan apa sahaja perniagaan, satu perancangan yang
lengkap perlu diadakan (jangan nak main terjun sahaja!). Apabila
perniagaan sudah dimulakan, perancangan masih diperlukan dalam
menganalisa strategi pemasaran untuk mengembangkan perniagaan anda.
Apabila perniagaan anda sudah maju, perancangan masih diperlukan
untuk memastikan perniagaan anda mendapat pasaran terbesar dan
tidak diambil oleh pesaing anda!

Dalam setiap peringkat perniagaan, perancangan dimestikan dan tidak
pernah ditinggalkan oleh usahawan yang berjaya. Usahawan yang
berjaya akan sering Tanya pada diri sendiri:

- Apakah keputusan yang diinginkan dalam perniagaan ini?
- Bagaimana keputusan itu dapat dicapai?
- Siapa yang dapat membantu mengembangkan perniagaan ini?
- Apakah kebolehan atau ilmu tambahan yang saya perlukan untuk
mengembankan perniagaan ini?

Kebolehan anda untuk mendapatkan hasil dan bertanggungjawab atas
keputusan anda adalah tanda seorang usahawan yang gemilang.

BERI LEBIH DARIPADA APA YANG DISANGKAKAN

Kunci kejayaan sesuatu perniagaan adalah untuk melakukan lebih
daripada apa yang disangkakan. Bak kata mat salleh, "Go the extra
mile!". Maksudnya adalah untuk anda melakukan tugasan anda dalam
perniagaan lebih daripada apa yang disangkakan oleh orang lain.

Kebiasaannya, seorang pekerja hanya akan melakukan tugasannya
apabila disuruh. Pekerja akan melakukan kerja berdasarkan
pendapatan yang diterima. Tetapi, untuk menjadi usahawan yang
berjaya, menteliti sebagai "pekerja" tidak lagi boleh disimpan.

Pelanggan akan mengetahui bahawa anda sanggup bekerja ekstra untuk
memenangi hati mereka. Usahawan lain juga akan dapat melihat
peluang bekerjasama dengan anda oleh kerana anda berusaha
sekeras-kerasnya dalam perniagaan anda. Melakukan kerja lebih
daripada apa yang disangkakan akan membuka pintu rezeki kepada
perniagaan anda.

MEMASAR DAN MENJUAL!

Ini adalah kunci utama kejayaan sesuatu perniagaan- pemasaran dan
menjual! Tahukah anda bahawa lebih 95% perniagaan baru gagal dalam
tahun pertama ia ditubuhkan? Ya, statistik ini amat mengejutkan
bagi bakal-bakal usahawan. Namun, sekiranya anda mempunyai
cirri-ciri usahawan yang berjaya, ia dapat menjauhkan daripada
statistic ini.

Kebolehan memasar dan menjual apa yang anda niagakan adalah nadi
kepada apa jua jenis perniagaan. Kebolehan yang diperlukan adalah:

- Kebolehan berkomunikasi
- Kebolehan merunding
- Kebolehan memujuk pembeli membeli
- Kebolehan menjual produk atau perkhidmatan anda

Kunci kejayaan apa jua perniagaan adalah jualan dan keuntungan yang
tinggi. Tanpa kebolehan "menjual", matlamat sesuatu perniagaan
tidak dapat dicapai. Aliran wang (cash flow) adalah amat penting
dalam perniagaan dan aliran wang hanya akan diperolehi melalui
menjual produk dan perkhidmatan anda.

Oleh kerana menjual adalah amat penting dalam perniagaan, pelajari
kaedah-kaedah menjual melalui buku-buku, seminar perniagaan dan
juga seminar komunikasi.

Bertahun-tahun dulu, saya merupakan seorang yang agak pendiam dan
sukar berkomunikasi dengan sesiapa sahaja- apatah lagi menjual!
Ianya selepas saya memperbaiki kelemahan saya dalam komunikasi,
saya mula dapat melihat kejayaan dalam perniagaan saya berkembang
melalui pemasaran dan jualan yang meningkat. Dua tip dalam menjual:

1. Seseorang itu tidak dilahirkan boleh menjual! Menjual adalah
suatu kebolehan yang boleh dipelajari. Seperti menunggang basikal,
ianya agak sukar pada peringkat awal. Tetapi, apabila berkali-kali
melakukan perkara yang sama, ia menjadi semakin mudah.

2. Komunikasi adalah penting dalam perniaagaan. Namun,
berkomunikasi bukan sekadar maksudnya banyak bercakap! Tetapi juga
untuk bijak mendengar. 85% kejayaan anda adalah bergantung kepada
mereka disekeliling anda. Pelajari kaedah berkomunikasi, mendengar,
memujuk, persembahan untuk mendapat kerjasama dari pelbagai pihak
dalam membantu menjayakan perniagaan anda.

FAHAMI ANGKA PERNIAGAAN

Dimana kebolehan utama seseorang usahawan yang berjaya seperti yang
telah dibincangkan adalah yang melibatkan apa yang dapat dilihat
oleh orang ramai, namun jangan sesekali mengabaikan perkara-perkara
yang tidak dapat dilihat oleh orang ramai- iaitu angka-angka
perniagaan anda!

Kebanyakan usahawan lebih fokus kepada strategi memajukan
perniagaan dengan memberi tumpuan kepada pekerja, pelanggan,
produk, perkhidmatan dan pemasaran sehinggakan melupakan isu
penting iaitu penyata kewangan.

Anda tidak perlu menjadi pakar dalam bidang perakaunan, tetapi, apa
yang penting adalah untuk anda fahami penyata kewangan anda.
Tugasan mengurus penyata kewangan boleh diagihkan kepada mereka
yang lebih bertauliah. Namun, sebagai usahawan yang berjaya, anda
perlu memahami pengiraan wang dalam penyata kewangan anda supaya
wang yang masuk tidak menjadi wang keluar sehingga menjejaskan
keuntungan keseluruhan perniagaan anda!

TIDAK PUTUS ASA MENCUBA

Imtech, seperti yag dikatakan sebelum ini, 95% perniagaan akan
gagal. Ini bermaksud, anda hanya mempunyai 5% peluang untuk berjaya!
Sedih bunyinya bukan? Kunci terkahir adalah tidak berputus asa!

Anda kenali manusia terkaya didunia, Bill Gates. Tahukah anda
bagaimana beliau menjadi manusia terkaya dalam perniagaannya yang
boleh dikatakan yang paling berjaya di dunia?

Pada ketika ini sahaja Microsoft sedang membangunkan dan menguji
lebih darpada 1,600 produk dan perkhidmatan yang balum lagi
dipasarkan dimana kebanyakannya tidak akan dipasarkan pun dan
dikira sebagai projek gagal. Mengapa begini? Microsoft tahu bahawa
lebih banyak mencuba, maka lebih banyak peluang menjumpai kejayaan.

Usahawan yang berjaya adalah mereka yang tidak putus asa dalam
usahanya untuk menjumpai 5% peluang kejayaan itu.

Walaupun dikatakan 9/10 rezeki datangnya dari perniagaan, rezeki
tersebut tidak akan tercapai sekiranya anda tidak mendalami ilmu
perniagaan. Ambil langkah demi langkah dan pelajari selok belok
perniagaan. Kejayaan perniagaan akan datang kepada anda sekiranya
anda mendalami ilmunya.

-mailed by Irfan Khairi

Lebih banyak tip di sini daripada 8 ikon jutawan Malaysia

strategi perniagaan Abdul Rahman bin Auf

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Imtech, rasanya masih belum terlewat untuk saya ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan & selamat berpuasa kepada anda! Jika Ramadhan ini dianggap seperti berniaga, puasa di siang hari adalah modalnya dan ibadah waktu malam itu adalah untungnya!

Sempena Ramadhan ini, setiap minggu saya akan hantar tips perniagaan menurut sejarah Islam untuk tatapan anda. Mudahan, memberi inspirasi dan manfaat dalam meraih 9/10 rezeki melalui perniagaan.

Salam hormat,

-Irfan Khairi

=============================================
Strategi perniagaan unta Abdul Rahman bin Auf
=============================================

Pada satu ketika dahulu, sahabat Rasulullah, Abdul Rahman Bin Auf adalah usahawan termasyur. Antara perniagaannya adalah menjual unta. Beliau mempunyai satu strategi sehingga mendominasikan pasaran unta, dimana pada sebelum itu pasaran dimiliki oleh usahawan-usahawan Yahudi.

Strateginya? unta-unta beliau dijual pada harga cost price (harga kos)- tiada untung! Semua yang ingin membeli unta akan pergi ke Abdul Rahman b Auf.

Tiada untung dalam menjual unta? Habis tu, macam mana nak berniaga?

Apabila ditanya, jawabnya...

Keuntungan tidak diambil dari hasil penjualan unta. Unta dijual pada harga kos. Tetapi, keuntungan diambil dari menjual "tali pengikat unta". Di situlah datangnya keuntungan. Diceritakan bahawa tali-tali yang dijual adalah cantik dan bermacam-macam warna.

Hebat!

Imtech, strategi ini walaupun telah dilakukan pada zaman Rasulullah, kalau di lihat zaman ini, banyak perniagaan menggunakan kaedah yang sama. Air Asia adalah antara yang menggunakan kaedah ini. Cuba fikirkan bagaimana Air Asia mengenakan tambang rendah (ada yang pada RM0), dan mengenakan bayaran pada produk dan perkhidmatan lain. Hmmm... nampaknya kaedah Air Asia bukanlah kaedah yang baru ;)

-IK

==============
MENTOR JUTAWAN
==============

Beratus-ratus pembaca akui bahawa, "Mentor Jutawan", adalah ebook
utama untuk para usahawan dan bakal usahawan dalam memberi dorongan
dan inspirasi:

http://www.irfankhairi.com/mentor?a_aid=11218045

Mentor Jutawan kini laris di pasaran dan mendapat review yang amat
positif dari semua pihak. Dapatkan untuk anda, atau orang yang
tersayang hari ini! http://www.irfankhairi.com/mentor?a_aid=11218045

by Irfan Khairi
4 September 2008 03:49

Cara menjadi kreatif dan menjana idea

Untuk menjadi usahawan yang berjaya, menjadi kreatif dan sering menjana idea adalah satu advantage.

Bagi diri saya sendiri, saya sering rasakan saya seorang yang kreatif dan banyak idea. So, sini ada beberapa tip yang saya ingin kongsikan bagaimana saya menjana idea…

*Bergembira & berseronok- idea hebat sering datang bila kita sedang seronok atau bergembira. Contoh, kalau saya tengok ketika workshop jutawan Internet, sesi brainstorming idea, kumpulan yang banyak idea hebat, pastinya datang dari kumpulan yang banyak gelak/bising/ketawa… they are having fun! Idea mudah datang bila kita have fun!
*Fikir macam budak- Budak-budak banyak idea. Lihat sahaja anak-anak kita (atau anak-anak orang kalau belum ada anak ). Sebabnya, budak-budak tak meletakkan had atau limit pada sesuatu penyelesaian. Kita yang dah dewasa selalu meletakkan “limit” pada sebarang penyelesaian. Sebab itu, kita menjadi tidak kreatif. jadi, fikir seperti budak 6 tahun! (mungkin budak juga sering gembira… sebab itu dapat banyak idea?)
*Ketahui bahawa ada BANYAK penyelesaian kepada apa sahaja masalah. Bukan hanya SATU! Bila kita fikir hanya ada sATU penyelesaian, kita akan berusaha cari SATU CARA tersebut. Bila fikir SATU, tiada idea yang datang kerana kita akan fikir untuk mendapatkan SATU YANG PERFECT/SEMPURNA. Bila berfikir, fikir BANYAK penyelesaian. Bila memikirkan terdapat BANYAK penyelesaian, kita akan rasa bebas berfikir macam-macam dan tidak hadkan idea kita.

So, di atas adalah 3 tip saya selalu gunakan untuk menjana idea dan menjadi kreatif Sebagai tambahan, maksud “kreatif” adalah “menambah nilai” atau “improve”. Kalau kita fikir begini, lagi mudah untuk jadi kreatif walaupun kita bukan orang yang kreatif!

Originally Posted by Irfan Khairi
Tue 2 Sep 2008