Sekiranya anda belum lagi memiliki Mentor Jutawan, dapatkannya di sini hari ini. Memang hot in the market dan terlalu banyak permata-permata yang amat berharga di dalamnya. Bagi pemilik blog, anda juga boleh menyertai program affiliate mentor Jutawan di sini untuk mendapat pendapatan sampingan.......by Irfan Khairi on Mon 29 Jul 2008

Sejak launching, tak di sangka, ramai dah mendapatkan Mentor Jutawan, baru 2-3 hari, dah lebih dari 100 pesanan! Bagi anda yang belum memiliki ebook terbaru saya, boleh dapatkannya di sini. Memang terlalu banyak testimonial2 positif yang kami terima dan insyaallah kami akan update soon (tak sempat update sebab krew sibuk sangat memproseskan pesanan!).

Dapatkan Mentor Jutawan di sini.
Salam hormat,

-IK
Irfan Khairi

Sebarang Pertanyaan Sila Kemukakan DISINI

ANTARA BLOG & LAMAN WEB

Assalamualaikum & Salam sejahtera,

Tak lama lagi kita akan menyambut bulan Syawal. Sedar-sedar sudah
lebih separuh bulan kita berpuasa di bulan Ramadhan.

Ada yang tanya, yang mana lebih penting- sama ada memiliki laman
web, ataupun memiliki blog?

Blog lebih kepada soft sell. Maksudnya kewujudan blog adalah untuk
meningkatkan kepercayaan orang ramai terhadap perniagaan kita.
Melalui blog yang interaktif, usahawan dapat berkongsi maklumat dan
sedikit sebanyak menciptakan"no barrier to entry" dengan
berkongsikan maklumat. Kredibiliti akan meningkat, maka mewujudkan
kemesraan dan kesenangan bersama pengunjung.

Laman Web lebih kepada hardsell. Maksudnya kewujudan laman web
adalah untuk membuat jualan. laman web sering memuatkan surat
jualan atau salesletter untuk menekankan jualan sesuatu produk.
Laman web sering kali bersifat statik dan tidak mempunyai interaksi
sesama usahawan dan pelawat.

Apabila digabungkan kedua-dua elemen soft sell dan hard sell ini,
ia memudahkan lagi segala jualan.

Contoh...

Pelawat akan melayari IrfanKhairi.com/blog (blog) yang
mengandungi maklumat. Kepercayaan & kredibiliti terbina dengan
perkongsian informasi di dalam blog (soft sell). Di blog juga
terdapat iklan Mentor Jutawan yang menghalakan pelawat untuk
melawati IrfanKhairi.com/mentor (laman web). Laman web ini pula
berfungsi untuk membuat jualan ebook mentor Jutawan (hard sell).

Jadi, yang mana lebih penting, samaada blog atau laman web?

Jawapannya- kedua-dua penting oleh kerana kedua-duanya mempunyai
fungsi yang berbeza dan saling meemrlukan antara satu sama lain.

Kisah saya di bulan Ramadhan 20 tahun lalu!

Assalamualaikum & Salam sejahtera,

Masih belum terlewat untuk saya mengucapkan selamat menyambut bulan
Ramadhan dan berpuasa kepada anda. Cepat sungguh masa berlalu pada
bulan mulia ini kerana telah masuk kita hari berpuasa yang ke-11.

Hadis ada menyebut, harta kita tidak akan berkurangan sekiranya
berzakat & bersedekah. Ianya adalah amat benar. Lagi banyak anda
memberi dengan ikhlas, lagi banyak anda menerima.

Saya teringat masa saya muda dulu (zaman persekolahan), saya ada
menghadiri Kursus Bina Negara. Dan ketika itu, ada satu ceramah
yang amat hebat. Penceramah (tak ingat nama) menyebut tentang
konsep sedekah (walaupun ceramah itu bukan seperti ceramah-ceramah
agama yang selalu kita dengar, penceramahnya agak modern). Beliau
menyeru untuk semua sedekah RM10. Pada ketika itu, maklumlah, kita
budak sekolah, RM10 tu banyak sangat!

Tetapi penceramah itu kata, beliau GUARANTEE yang beberapa hari
lepas kita sedekah tu, kita akan dapat balik jumlah tersebut dan
selalunya lebih daripada itu! Apa yang saya tertarik sebab
penceramah tu kata "guarantee". Selalu penceramah lain akan kata
"Insya-Allah" :)

So, I gave it a shot. Lepas Kursus Bina Negara, saya pun sedekah
RM10 di masjid. Memang berat masa tu... :)

Beberapa hari kemudian, bagaikan magic, memang betul. Saya menerima
RM50 daripada abang saudara yang balik dari bekerja di luar negara.
Pada ketika itu, saya amat terkejut bahawa it works! Sememangnya
harta tidak akan berkurangan sekiranya kita bersedekah!

Lepas sekolah menengah (umur 18 tahun), saya mulakan quest saya
menjejak langkah-langkah jutawan. Oleh kerana buku2 berkisar
jutawan berbahasa Malaysia tidak banyak (takde pun ketika itu), saya
baca buku mat salleh. Kisah-kisah mat salleh jutawan & billionaire
juga menyebut tentang konsep ini. Konsep memberi balik... giving back.
Atau lebih dikenali dalam buku2kekayaan mat salleh sebagai...
thithing.

Ramai jutawan dan billionaire melakukan ini sehinggakan ianya
amat sukar mencari mereka yang berjaya yang TIDAK "beri balik"
kepada masyarakat. Satu perkara saya pelajari yang amat penting
adalah untuk anda beri balik. Give back. Mereka yang menjadi
jutawan & billionaire mengamalkan konsep ini sebelum mereka
mencapai apa-apa kekayaan pun.

Pesanan saya kini, Enjoy atau gunakan pendapatan yang anda terima
untuk lifestyle anda, tetapi, dalam pada itu, beri balik kepada
masyarakat. Apabila anda memberi balik, anda akan merasakan bahawa
harta & kekayaan ada banyak dan berlebihan di dunia ini (abundance).
Dengan memberi balik, ianya akan datang semula kepada anda dalam
berbagai bentuk dan secara berlebihan ;)

So, why not, sedekahkan RM50... RM100... atau lebih ke mana-mana, dan
yakini bahawa anda akan dapat balik tidak lama lagi dalam berbagai
bentuk.

Sesungguhnya harta tidak akan berkurangan sekiranya bersedekah dan
berzakat!

Selamat menyambut bulan Ramadhan :)